Total Pageviews

Saturday, 15 October 2011

Say Hi to exam!!

Assalamualaikum...
Say hi to exam!!!haha...sekarang ni mesti pelajar2 sekolah sibuk nak exam kan...kawan2 saya pun nak periksa akhir tahun isnin ni..saya seriksa final lambat lagi.Bulan november nanti.hehe..tapi walaubagaimana pun,kena start buat persediaan dari sekarang..kat sini saya ade beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan yang saya ambil dari blog isiukm.blogspot.com....marilah sama2 kita amalkan..
Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :

1.Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2.Tenang dan percayakan diri sendiri

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3.Bersantailah tapi berhati-hati

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.Imbas soalan-soalan terlebih dahulu

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5.Jawab soalan secara strategik

Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

* soalan paling sukar,
* yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
* mempunyai markah sedikit .

6.Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7.Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8.Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9.Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10.Analisa jawapan anda

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Alhamdulillah....jadi,kepada kawan2 semua,saya ucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan dan selamat maju jaya!!Jangan lupa solat dan berdoa kepada Allah...itu yang paling penting..Takde gunanya kita berusaha bukan main tapi solat kita tinggal..Betul tak?Marilah kita semua sama2 berjuang dan berjihad di jalan Allah.....sekian,Assalamualaikum....

Sunday, 4 September 2011

Asrama!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...hari ni,saya dah pulang ke maktab.Aaaarrrgghhh!!!Bali ke rutin biasa lepas seminggu bercuti raya.haha..Rasa sangat malas untuk pulang ke maktab dan belajar di dalam kelas.Tapi,takpelah.Belajar itu jihad.Jadi,kena tabah dan kuat melawan godaan syaitan.TABAH!KUAT!

Kepada semua yang bergelar pelajar,sama-samalah kita berusaha untuk teris berjaya!Saya doakan kita semua ada masa depan yang cerah dan berjaya dalam hidup masing-masing.Tak lupa juga,cemerlang dunia dan akhirat......Sekian saja dari saya,andai terkasar bahasa,maaf dipinta...sekali lagi,sebelum mengakhiri artikel ini,tak salah rasanya saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua....

Tuesday, 30 August 2011

Watch your food!

Assalamualaikum.....selamat hari taya aidilfitri!!!
hari ini merupakan hari pertama raya...mesti bermacam-macam makanan dihidangkan.ketupat,rendang,lemang dan macam-macam lagilah....kita pun tak menang tangan nak makan.tak cukup rasanya ruang yang ada dalam perut ni...
Haaa....oleh itu,saya di sini,nak ingatkan anda-anda semua untuk jaga pemakanan anda.makan tu,janganlah ikut hawa nafsu.agak-agak sikit.kalo rasa dah penuh perut tu,jangan nak makan banyak-banyak lagi.kalau boleh, minta kat tuan rumah tu air kosong.sebab dalam makanan yang bermacam-macam tu,dah ade bermacam-macam kalori dan segal benda yang berbahayalah.jadi,nasihat saya,jagalah pemakanan anda di hari raya ini.Nanti,sia-sia je puasa sebulan. :-)
baiklah,sampai sini saja hari ni.segala yang baik daripada Allah,yang buruk dari saya sendiri...Assalamualaikum..

Sunday, 28 August 2011

Ooooo..Balik kampung...ooo....balik kampung......

Assalamualaikum......
haa....raya tinggal beberapa hari je lagi.....mesti ramai orang-orang muda mudi kat kota tu nak balki ke desa kan?saya pun sama....saya balik kampung hari ni...tapi,sebelum memulakan perjalanan,kita buatlah langkah2 keselamatan dulu...

First,pastikan kereta anda dah diservis supaya boleh elakkan perkara2 tak baik.Lepas tu,pastikan minyak pun dah diisi,nanti lancar perjalanan.Selain tu,pastikan masa naik kereta,pakai tali pinggang keledar.Kalau ada bayi, letakkan dia di tempat selamat.Akhir sekali,boleh amalkan doa ni, "Bismillahilladzhi la yadhurru ma'asmihi shaiuun fiil ardhi walafissamai wahuwassami'ul'alim" 7 kali sebelum memulakan perjalanan. InsyaAllah... perjalanan kita selamat.....

Itu saje dari saya buat mase ini....Segala yang baik daripada Allah,yang buruk daripada saya sendiri....Assalamualaikum.....

Saturday, 27 August 2011

A new start......

Assalamualaikum,semua!!ha!saya guna bahasa rojak je la ye....
This is my new start,my new beginning....Saya suka lawat blog orang,tapi saya tak berminat pulak nak buat blog sendiri.Tapi,blog ini saya hasilkan jugak,bila tengok,kelas saya,homeroom saya,kawan2 saya,semua ada blog. So,I think,why shouldn't I start too....
Akhirnya,terhasillah blog ni....So.this is my first time,hope you'll enjoy and get some information from my blog!